KURSUS TEKNOLOGI MAKANAN
KETERANGAN KURSUS
Struktur kurikulum Teknologi Penyediaan Makanan dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri Pembuatan dan Penyediaan Makanan.
Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri perhotelan yang semakin berkembang pesat. Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Cooking Technique, Catering Activities, serta subjek umum seperti Mathematic, English, Physic, Islamic Studies dan lain-lain.
Pendedahan teknik-teknik memasak, memotong dan pelbagai jenis masakan serta kaedah memasak menggunakan pelbagai jenis perkakasan dan peralatan memasak.
PENTAULIHAN
Program Teknologi Penyediaan Makanan ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu ;
- Sijil Pembuatan dan Penyediaan Makanan Tahap 2
- Sijil Pembuatan dan Penyediaan Makanan Tahap 3
Pengambilan
- 1 tahun sekali
SYARAT KEMASUKAN
Peserta yang ingin mengikuti kursus ini mestilah;
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera
- Berumur 17 – 25 tahun
- Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin
- Sihat mental dan fizikal
- Lulus SPM/SPMV atau setaraf
- Lulus bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Atau
- Tamat Tingkatan 5
- Lepasan Tahfiz/Pondok
PROSPEK KERJAYA
Graduan program teknologi Penyediaan Makanan dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-
- Industri Penyediaan Makanan
Graduan berupaya berkerja sebagai personal Penyediaan Makanan sebagai :-
- Chef di Hotel Terkemuka
- Pembantu Penyediaan Makanan ( Goverment )
- Chef Selebriti
- Usahawan
- Tenaga pengajar TVET