PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF
PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF
Struktur kurikulum Teknologi Automotif dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri automotif.
Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri automotif yang semakin berkembang pesat. Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Engine Technology, Chassis System, Advanced Engine System serta subjek umum seperti Mathematic, English, Physic, Islamic Studies dan lain-lain.
Program Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombak rawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa system seperti sistem enjin, sistem auto elektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem pemyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
PENTAULIAHAN
Program teknologi automotif ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu ;
- PERKHIDMATAN PEMBAIKAN- KENDERAAN RINGAN (Tahap 2)
- SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN (Tahap 3)
Pengambilan
- 1 tahun sekali
SYARAT KEMASUKAN
Pregnancy Squats: The Perfect Prenatal Fitness Move For Every Trimester buy clenbuterol uk Pin by Floyd-Angela Gamboa on Yoga fitness | Inspirational words, Spiritual quotes, Wise quotes
- Lulus SPM/SPMV atau setaraf
- Lulus bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Berumur tidak kurang daripada 17 tahun
Atau
- Tamat Tingkatan 5
- Lepasan Tahfiz/Pondok
PROSPEK KERJAYA
Graduan program teknologi kimpalan dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-
- Industri automotif
Graduan berupaya berkerja sebagai personal automotif sebagai :-
- Juruteknik Automotif
- Juruteknik Industri Pemasangan Kenderaan
- Mekanik Kenderaan
- Usahawan Automotif
- Tenaga pengajar TVET